Kenapa dengan blog ini?
Blog ini adalah catatan peribadi aku dan bersifat non-politic discussion dan ia merangkumi apa saja topik yang tidak begitu rasmi dan mempunyai bahasa tunggang-langgang. Aku wujudkan blog ini adalah untuk mengasingkan content yang berbau politik pada blog aku sebelumnya dan tidak akan tersenarai didalam blog beras terpilih kelolan Saudara Sebol. Untuk tidak mencaca-merbakan blog sebelumnya maka wujudlah setarbak-kopi.. Maka dengan ini bolehlah korang semua baca apa yang aku tulis..blog ni baru jer release pada 10 oktober 2008

Jumaat, 2009 Mac 27

Yunalis - The new girl from nowhere!

This is gadis comel Yuna where she is so talented.. And she's also same as like me, tried hard to be as 'indie' person in our community.

.. ha ha









Selasa, 2008 Disember 23

Kapcai























Isnin, 2008 Disember 01

JPJ, Sita bas Bandar (cas ligas)

Kalau kereta aku sah kene tahan atau kena saman jika JPJ buat road block. Sebabnya kereta aku memang dah menyalahi ubahsuai kenderaan yang dibenarkan JPJ (ikut pegawai yang bertugas ketika itu) . Dengan bodypart yang dah ditebuk sana-sini sah-sah JPJ meleleh air liur tgk kereta aku.

Tapi kenapa pulak JPJ macam buat-buat tak nampak dengan BAS BANDAR (CAS LIGAS) yang tak diluluskan LPKP untuk beroperasi? Kalau rakyat marhein ubahsuai kereta ligat je JPJ nk saman tapi bila Bas yang diilhamkan oleh Deris Jusoh ni beroperasi atas jalan raya diorang buat-buat tak nampak. 

Bas Bandar a.k.a keranda bergerak ni sebenarnya bas yang tak selamat diguna diatas jalan raya. Dengan rekabentuk kayu yang kononya berunsurkan ukiran melayu bas ini masih mengambil penumpang secara percuma disekitar 'bandaraya' Kuala Terengganu.

Aku harap JPJ bersikap lebih telus dalam menguatkuasakan undang-undang jalan raya. Apa taknya diorang punya undang-undang ikut suka pegawai yang membuat pemeriksaan ketika & masa operasi yang dijalankan.

Aku harap juga JPJ mengeluarkan undang-undang yang jelas tentang modifikasi kenderaan supaya tidak dipersoalkan oeh rakyat marhein yang bayar cukai jalan. Jangan ikut suka pegawai yang bertugas nak menyaman orang. Dan aku harap juga JPJ tidak terlalu mengetatkan undang-undang modifikasi kenderaan kerana ia akan menyebabkan rakyat menjadi tidak berkreativiti serta menyekat hak rakyat untuk membuat sesuatu yang sepatutnya mereka berhak melakukanya. Rakyat bayar cukai jalan.. kenderaan pun rakyat bayar bukan JPJ bayar untuk rakyat...

Sekian...

Rabu, 2008 Oktober 29

Filem Review: Ayat-Ayat Cinta





Sungguh gratis sekali bisa ku terjemahkan bila nonton filim 'Ayat-ayat Cinta ini'. Kerana gue tidak kesempatan untuk nonton filim ini pada aidilfitri yang lalu di siarkan TV 3 maka gue dapat mendonlod-nya melalui torrent. Iya bisa sekali deh..semuanya bisa

Gue rasa filim ini gratis sekali malah mampu membuatkan gue pikirin bisa jadi Fahri seperti cowok dalam filim ini yah..eke ke ke

ehemmm arghh akhh (sakit tekak, tukar loghat)..

Filem Ayat-ayat cinta sehebat lagu temanya (dinyanyikan oleh Rossa). Mungkin aku adalah orang yang banyak ketinggalan dalam industri perfileman tapi tidak bermakna aku tidak mampu mentafsir sesebuah jalan cerita.

Storyboard..

Filem ini yang berkisar tentang seorang pelajar Universiti Al-Azhar yang tinggal di tepian kota menyewa bersama rakan-rakan universitasnya yang lain. KIsah Fahri iaitu watak utama filem ini yang mempunyai matlamat menghabiskan pelajaranya di universitas Al-Azhar dan mempunyai berberapa matlamat lain dan antara satunya ialah 'menikah'.

Untuk dijadikan plot, doktrin yang ditunjukan dalam permulaan cerita ini ialah mengisahkan seorang gadis beragama kristian yang tinggal di aras atas flat dimana Fari tinggal. Gadis ini sering menolong fahri dalam menyelesaikan masaalah komputernya yang rosak. Gadis ini yang bernama Maria adalah teman rapat Fahri dan seorang kristian yang tahu serba sedikit tentang agama ISlam dan mampu membaca Surah Mariam dengan lancar. Dalam masa yang sama Maria jatuh hati terhadap Fari tanpa Fahri mengetahuinya.

In the same time, Fahri telah ketemu dengan seorang gadis yang memegang kerakyatan German yang berpegang teguh dengan ajaran Islam dan seorang yang berpewatakan muslimah dengan mengenakan pakayan jubah dan berpurdah. Fahri ketemu gadis ini dengan tidak sengaja didalam LRT apabila berlaku satu insiden dimana 2 orang rakyat Amerika yang satu LRT dengan mereka (Fahri & Gadis berpurdah). Gadis itu yang bernama Aisyah memberi laluan tempat duduk kepada salah seorang rakyat Amerika itu maka ada seorang lelaki bangkit menerjah Aisyah dan memarahi Aisyah kerana memberi laluan tempat duduk kepada rakyat Amerika tersebut. Lantas lelaki itu memarahi Aisyah dan menyatakan ia tidak suka melihat Aisyah menolong Orang Amerika kerana lelaki itu beranggapan rayat Amerika itu adalah terorist. Maka satu pergaduhan kecil berlaku dan dalam masa itu Fahri cuba meleraikan pergaduhan itu dengan cara yang bijaksana dan menyatakan lelaki itu telah menyakiti Rasulullah S.A.W dengan cara perbuatan lelaki itu yang bidap dan menyatakan rakyat Amerika itu masuk kenegara ini adalah secara sah.

Dalam masa yang sama Aisyah merasa kagum dengan tindakan Fahri yang masih belum dikenalinya. Sesampainya mereka di hentian barulah mereka berdua saling kenal mengenali. Untuk memendekan cerita aku yang tak berapa best ni aku skip lah cerita ni. OK ditakdirkan Fahri & Aisyah selamat Diijab qabulkan maka jadilah mereka berdua Suami & Isteri. Oh lupa aku nak cerita sebelum itu Fahri & Maria pernah menolong seorang gadis yang diperlihara oleh bapa angkatnya dari seksaan dan Fahri cuba menjejaki ibu-bapa kandung gadis malang itu. Sebenarnya gadis itu juga adalah seorang pelajar Al-Azhar dan pernah menulis surat cintanya kepada Fahri tetapi Fahri tidak membalasnya.

Berbalik kepada rumah tangga bahagia antara Fahri dan Aisyah. Rupa-rupanya kebahagian rumahtangga mereka tidak berkekalan apabila Fahri di fitnah melakukan perkosaan terhadap gadis yang pernah ia menolongnya tak lama dulu. Fahri disumbat kedalam penjara bersama seorang lelaki (jail-mate nya). Didalam penjara lelaki itu seakan-akan karaktor orang separuh siuman adalah seorang yang telah memberi semangat baru kepada fahri supaya tabah menempuh dugaan duniawi.

Dalam perbicaraan di Mahkamah Fahri tiada bukti kukuh untuk melawan fitnah yang dilontarkan oleh gadis tersebut. Isteri Fahri , Aisyah berusaha untuk mencari Pengacara (peguam) dan mencari bukti-bukti yang dapat menolong menyelamatkan suaminya dari tuduhan perkosaan. Seorang Isteri Solehah yang sanggup bergadai dan bersusah demi suaminya yang tercinta. Dipendekan lagi doktrin cerita ini Aisyah mengetahui tentang Maria dan apakah kaitanya dengan Fahri maka Aisyah berusaha mencari Maria untuk mendapatkan bukti yang menyanggah tuduhan fitnah yang dikenakan terhadap suaminya itu. Tetapi setibanya Aisyah bertemu Maria yang sedang terlantar dan terkujur di atas katil tidak sedarkan diri akibat dilanggar oleh seseorang dengan sengaja. Ibunya telah memberi senaskhah Dairi kepunyaan Maria kepada Aisyah yang didalamnya terdapat ayat-ayat cinta yang tertulis perasaan kasihnya terhadap Fahri dalam diam. Sekalipun Aisyah rasa terkilan bila membaca dairi itu demi untuk menyelamatkan suami yang disayangi Aisyah telah sanggup memberi peluang kepada Maria untuk bernikah dengan Fahri sekalipun dalam masa itu Mariah masih tidak sedarkan diri. Fahri dibenarkan diikat jamin kurang dari 3 jam dan dibawa oleh Aisyah untuk bertemu Maria yang dalam keadaan koma.

Dalam masa yang sama Aisyah menyuruh Fahri menikahi Aisyah demi menyempurnakan hajat hati Maria dan demi menyelamatkan Fahri dari terus difitnah. Selepas bernikah Maria telah sedarkan diri dan menjadi saksi kepada kes fitah terhadap Fari tersebut. Pihak yang menfitnah Fahri yakni gadis yang juga mencintai Fahri itu telah secara rela mengaku yang ia telah menfitnah Fahri kerana gadis itu takut akan kehilangan ibu bapa kandungnya serta demi anak yang dikandungnya. erkk tak sedapnya cerita aku niiii!..

Maka Hakim telah memutuskan bahawasanya Fahri digugurkan dari tuduhan memperkosa dan dalam masa yang sama Fahri kini mempunyai dua orang isteri. Isterinya Maria masih mempunyai tatoo salib pada pergelangan tangan kirinya. Ditakdirkan Aisyah & Maria bermadu dan berda sebumbung dan berlakulah insiden cemburu mencemburui antara keduanya. Tetapi ianya tidak keal lama apabila Maria jatuh sakit semula. Dalam masa ia terlantar di katil Hospital Maria sempat menyatakan keinginanya untuk bersolat secara jemaah dengan Aisyah & Fahri. Dalam keadaan terlantar bujur di katil hospital Maria mengambil Wudu' secara simbolik dan berjemaah bersama Aisyah & Fahri. Dalam masa sembahyang itulah Maria telah menghembus nafasnya yang terakhir.Aisyah dan Fahri menyedari kehilangan Maria selepas habisnya solat tersebut.. Maka tamatlah cerita aku yang tak menarik diolah nie..

Didalam lirik lagu ayat-ayat cinta itu ada menyatakan begini..

"Namun harusku tinggalkan cinta ketika ku bersujud..."

Renungkanlah.. Sehebat mana perasan cinta kita terhadap sesama makhluk akan terputus sementara semasa kita mencintai Illahi.. MAsyaAllah...


Lirik lagu ayat-ayat cinta..

Desir pasir dipadang tandus
sekedar pemikiran hati
Tergisahku diantara cinta yang rumit

Bila keyakinan ku datang
Kasihku tak sekedar cinta
Pengobanan cinta yang agung
Ku pertahruhkan

(chorous)
Maafkankan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cinta ku padamu

Bila bahagia mula menyentu
Seakanku bisa hidup lebih lama
Namun harus ku tinggal kan cinta
Ketika ku bersujud

Filem Review: Dragon Ball The Movie




Aku cuma baru tengok trailer tapi aku rasa aku dah boleh tafsir cerita ini tak best. Kenapa? Bila aku tengok sedutan filem ini ianya tidak menggambarkan doktrin sebenar cerita DragonBall dalam siri kartun. Jauh bezanya dari segi perwatakan Goku yang jauh berbeza dari watak asal dan musuh-musuh yang tidak ada langsung dalam episod siri kartun. ARGHH betapa kecewanya aku untuk menonton filem DragonBall the movie yang akan di tayangkan pada 2009 tahun depan.

Apakah musuh-musuh Goku seperti Majinbu tidak akan ada wataknya didalam cerita ini? Wajah Goku pun tidaklah semirip wajah didalam karaktor kartun. Mana pegi rambut pacak Goku? mana pergi zaman kanak-kanak Goku? sedangkan hampir 70% cerita Dragon Ball adalah watak Goku yang bertubuh kecil seperti keanak-anakan.

Sudah lama aku tunggu akan cerita DragonBall ini tapi apabila ia hadir di pawagam ia tidaklah seperti yang aku gambarinkan selama ini dan betapa kecewanya aku bila aku mengetahui perkara ini sedangkan aku adalah salah seorang peminat fanatik drama kartun bersiri DragonBall dan aku membesar dengan cerita ini sejak aku dibangku sekolah lagi sehingga aku dah tak pakai seragam sekolah cerita ni baru habis...

7 bebola naga yang perlu dicari oleh Goku.. dengan kuasa super saya yang dimilikan sehingga ke tahap super saya ke-7 itulah identiti cerita Dragon Ball. Kita boleh melihat identiti cerita Dragon Ball ini dengan melihat aksinya semasa melawan musuh dan memunyai kekuatan saya.. Apakah movie yang bakal diperlihatkan nanti mempunyai identiti seperti didalam kartun?

Sama-sama kita saksikan dan yang pastinya aku sudah mula merasa tidak excited dengan cerita DragonBall the Movie ini.. Mungkin ianya hebat dari segi effect tetapi keaslianya cerita ini mungkin sudah pupus sebelum ia sempat menyudahkan jalan ceritanya...

Isnin, 2008 Oktober 13

Melabur atau lebur?




Ramai yang nak kaya cepat.. Siapa tak nak kaya dan nak cepat kaya..

Persoalanya wujudkah istilah cepat kaya atau kaya cepat ni?

Aku timbulkan hal ini oleh kerana berberapa orang kawan aku yang sekarang ni terpengaruh dengan satu skim pelaburan yang dikatakan dapat memberi pulangan yang lumayan dalam masa terdekat, akupun hampir terpengaruh. Peratus keuntungan yang dikatakan adalah melebihi 100 % daripada modal pelaburan. Dikatakan pelaburan ini terhad kepada had quota yang ditentukan dan tidak sama dengan pelaburan skim-skim saham cepat kaya yang wujud sebelum ini. Dikatakan juga ianya telah lama bertapak cuma tidak dihebahkan atas alasan ianya bukan pelaburan skim cepat kaya.

Dikatakan juga skim ini di ketuai oleh seorang yang boleh dipercayaai. Dan bersandar pada itulah berberapa orang kawan aku telah terjebak dengan pelaburan ini (aku tak kata ianya salah dari segi undang-undang sebab aku tak pasti timbul rasa was-was). Aku ambil contoh antara skim yang disediakan, melabur minimum RM200-RM400 pulangan yang akan diterima nanti adalah setahun kemudian dengan anggaran jumlah keuntungan 2 tahun pertama ialah RM600 every month dan akan digandakan jumlah keuntungan selepas 2 tahun pertama berterusan gandaan tersebut sehingga selama 8 tahun. Tidak termasuk skim yang lain dengan jumlah cucukan modal yang tinggi dan dikatakan akan mendapat hasil pelaburan seminggu selepas melabur.

Dikatakan juga duit kita akan dilaburkan kepada berberapa atau puluhan anak syarikat dibawah persatuan ini yang menjalankan berberapa industri (halal).

OK pandangan aku apa isu yang perlu di ambil kira dalam kes ini.

Pertama-tama sekali aku rujuk kepada satu teguran dari Ustaz Zaharuddin, penceramah bebas, mengatakan "pelaburan yang menetapkan jumlah keuntungan pada sekian-sekian nilai itu adalah salah dari sisi hukum agama dan ianya adalah haram".


Satu perkara lagi ialah jangan lihat siapa yang mengetuai atau yang mengepalai pelaburan tersebut terutama jangan terpengaruh dengan title seseorang yang tinggi ilmu agama kerana apa yang penting kita perlu lihat dari sudut asas perniagaan iaitu asas ekonomi dan perniagaan.


Jika di kaji dan diperhati selidik dari sudut asas ekonomi,keuntungan pelaburan sebenarnya bersifat tidak kekal. Ia selalu ada pasang surutnya. Begitu juga jika dilihat dari sudut pelaburan yang diperkatakan diatas. Duit kita dilaburkan kepada syarikat-syarikat dibawah persatuan. Syarikat yang menjalankan operasi ini menggunakan bahan-bahan mentah terutama minyak dan sebagainya. Harga bahan-bahan ini bukan bersifat konsisten. Ia ditentukan dengan harga pasaran semasa. Keuntungan syarikat yang menjalankan operasi juga tidak kekal kerana melibatkan kos jual beli bahan-bahan mentah tersebut. Bagaimana pula mereka boleh menetapkan keuntungan pelaburan kepada kita sedangkan keuntungan sesebuah syarikat tidak bersifat kekal. Ia ada turun dan naik.

Katakan apa yang berlaku pada ekonomi US sekarang, merudum dengan teruk dan nilai matawang Dolar susut dari paras biasa dan daya beli akan turun mendadak. Kita serba maklum Amerika Syarikat ialah negara pengguna terbesar didunia. Jika Amerika tidak membeli barang dari negara luar bermakna negara luar kehilangan untung dan sama sekali ekonomi negara tersebut jatuh. Kita ambil contoh amerika mengimport barangan dari negara cina dengan jumlah transaksi matawang yang begitu besar. Apabila berlaku krisis ekonomi di US maka US akan mengurangkan pembelian barangan dari negara cina dan secara logiknya cina akan kekurangan untung maka syarikat-syarikat yang menjalankan perniagaan didalam negara cina akan kerugian dan akan memotong kos operasi untuk mengekalkan kestabilan ekonomi.

Kita perlu ingat negara cina juga ada hubungan dagang dengan negara lain termasuk negara kita Malaysia. Jika keuntungan negara cina susut maka permintaan bahan mentah dari negara-negara lain dieksport ke cina juga akan berkurangan maka syarikat-syarikat yang menjalankan industri berkaitan juga akan merasa tempias.Itu yang dikatakan defisit.

Berbalik kepada perjanjian persatuan untuk memberi pulangan 'keuntungan' secara tetap tadi, bagaimanakah mereka hendak apungkan keuntungan kepada semua investor-investor yang menanam modal kepada syarikat dibawahnya sekiranya kemerosotan dalam menjalankan perniagaan berlaku? Kita perlu maklum dalam perniagaan terutama yang melibatkan industri pelaburan risiko turun naik ekonomi itu perkara normal. Bagaimana mereka boleh meyakinkan pelabur bahawa tiada kerugian yang mungkin berlaku dalam pelaburan mereka sedangkan bank perdagangan kedua terbesar di Amerika pun boleh gulung tikar. Bank terkemuka di Jepun juga turut ikut merasa bahang kelembapan ekonomi.

Kita perlu ingat kemerosotan ekonomi US adalah selari dengan ekonomi dunia. Apa yang berlaku pada ekonomi US sekarang adalah kemerosotan ekonomi kali kedua selepas tahun 1930 dahulu. Kecairan wang mungkin akan semakin lemah. Pelabur-pelabur utama takut untuk melabur dan wang akan disimpan tanpa ada sebarang pergerakan atau aktiviti jual beli.Kejatuhan nilai Dolar US mungkin dikatakan memberi keuntungan kepada nilai Ringgit akan tetapi ia mungkin tidak berlaku sekiranya kegawatan ekonomi global berlaku merebak dari kelembapan ekonomi US tersebut. Apabila kelembapan ekonomi negara berlaku maka proses jual beli mungkin berkurangan disebabkan kejatuhan nilai ringgit dan kos operasi semakin meningkat. Dari sinilah akan berlaku proses pengurangan tenaga buruh, penganguran berleluasa akibat proses jual beli berkurang.

Jadi bagaimana mereka boleh menetapkan kadar keuntungan? itulah persoalanya. berbalik kepada isu melabur sebelumnya tadi, sekiranya perjanjian menyatakan kadar keuntungan bergantung kepada ekonomi semasa itu waras akan tetapi sebaliknya mereka telah menjadualkan keuntungan sekian-sekian tanpa mengambil kira situasi ekonomi semasa. Mungkin dalam 1-15 tahun sebelumnya ia mampu mengekalkan keuntungan akan tetapi jika berlaku suatu yang dinamakan kegawatan ekonomi apakah ia mampu mengekalkan reputasi keuntungan tersebut? Tak kira siapa pengasas mereka atau siapakah profil mereka yang penting asas ekonomi perlu menjadi tunggak perkiraan sebelum membuat sebarang transaksi pelaburan yang menjanjikan pulangan modal berlipat kali ganda.

Apabila berlaku kemerosotan ekonomi negara apakah yang bakal berlaku? Semestinya syarikat-syarikat akan gulung tikar, pertambahan penganguran, Kerajaan akan menanggung hutang yang banyak dan untuk mengelak hutang yang semakin bertimbun kerajaan mungkin akan menaikan cukai-cukai korporat serta mengurangkan perbelanjaan menyebabkan kerancakan perniagaan-perniagaan akan menjadi lembab dan tiada pembangunan yang akan dilakukan. Kesudahanya rakyatlah yang akan merasa bahana!.

Banyak juga kena tahu pasal ekonomi ni contohnya apakah maksud mengikat matawang ringgit kepada US dolar?
Secara definisinya mudah saja jika ringgit tidak diikat pada matawang dolar katakan hari ini kita export beras pada US dengan harga USD 40 pada hari ini, oleh kerana matawang kita jatuh pada esok harinya kita kena export benda yang sama dengan harga USD 45 dan lusa lain lagi harganya mungkin lebih murah bergantung pada nilai matawang semasa.Jadi jika berlaku perkara macam tu susahlah kita nak berurusniaga kadang-kadang untung kadang-kadang rugi, susah nak kira. Maka dengan menambatkan ringgit kepada dolar bermakna nilai wang tetap kepada 3.8 bagi setiap ringgit. Jika eksport beras USD 20 bagi setiap guni maka kita kali lah wang kita dengan 3.8. Tapi jika nilai wang kita jatuh harga tetap kepada 3.8 maka kita akan rugi dan perlu berurusniaga dengan nilai yang sama.

Didalam islam pun menyuruh kita berusaha untuk mencari harta bukan mencari jalan mudah untuk berharta..Kembali kepada tujuan asal.


p/s: Ini hanyalah pandangan peribadi aku sahaja dan bukan bersifat muktamad..

Sabtu, 2008 Oktober 11

Raja segala ikan dah kantoi dengan Mat Yie..


Lihat gambar diatas, besar bukan ikan.. Ni lah ikan Kelah. Ikan ni biasanya terdapat dihutan yang berjeram.. Tapi kawan aku ni memang lucky lah pada hari tu. Mat Yie ni dapat tangkap ikan kelah dipercaya iseberat 19 Kilo ni bukanlah didalam hutan rimba atau di tasik kenyir mahupun di kepulauan maghribi.. Ikan ni buat pertama kalinya dalam sejarah kampung aku dinaikan oleh seorang kaki pancing tegar..Mat Yie, budak muda berusia awal 20 an yang telah terikut-ikut dengan hobi bapaknya memancing. Tanyalah apa saja pasal pancing gerenti dia boleh jawab beserta huraian dan contoh..

Ikan kelah ni dipercayai bernilai RM5 K kalau di lelong tapi Mat Yie mengambil keputusan untuk makan ikan ni bersama keluarga.. Seminggu tak abis dude.. Ikan mahal ni dikatakan sangat sedap dan berkhasiat dan dikatakan sehinggakan sisik ikan ini pun rapuh macam keropok ikan keping..

Dintaya apakah rahsia sehinggakan ikan ini terpedaya dengan pujukan Mat Yie.. Budak ni hanya sinis berkata dia menggunakan umpan dedak + biji kelapa sawit beserta perisa pandan.. Tengok umpan pun dah pelik ramuanya..

Apa-apa pun selepas penangkapan ikan kelah ni mat yie sudah jadi glamer dan dapat gelaran mat Yie kelah.. Habis mata kail no.9 terjual selepas berita Mat Yie berjaya menangkap ikan kelah ni.. Peristiwa ini berlaku dalam awal Ramadan yang lalu.. Dipercayai ikan ini menyelusuri sungai berdekatan kampung ini kerana tersesat.. Atau itu rezeki Mat Yie yang tuhan sediakan padanya pada hari itu..

Profil tentang Mat Yie..Seorang yang berkelulusan bidang perikanan oleh LKIM dan seorang pemancing udang tegar..he he..

Untuk hubungi mat Yie, sila hubungi aku dulu... Untuk tip memancing ikan kelah atau apa saja..