Salam alaik, salah sejahtera buat kalian..
ini pos yang pertama setelah pos lama dan di 'draf' kan..
ada satu cerita pendek untuk saya kongsi bersama.. mungkin sedikit 18sx tapi ianya sangat mencuit hati...
ceritanya begini..
Pada suatu hari, ada sepasang suami isteri ini pergi ke sebuah pejabat kerajaan untuk urusan tertentu yang dirahsiakan. Suami isteri ini adalah pasangan yang bahagia sebelum ini sebelum apa yang terjadi pada hari mereka pergi ke pejabat kerajaan suatu hari.
Untuk pengetahuan kalian, pasangan ini adalah pasangan yang berasal dari kampung dan berjiwa sedikit kampungan. Nak dijadikan cerita semasa mereka berada di pejabat kerajaan tersebut mereka diarahkan untuk mengisi borang sebelum membuat urusan dengan pegawai yang ada disitu. Mereka berdua pun dengan tekunya mengisi borang tersebut dengan tekunya. Tibalah salah satu 'part' mereka perlu isi satu kolum 'sex'.. Untuk pengetahuan lagi, borang tersebut dalam bahasa inggeris.. Jadi mereka keliru apa yang hendak ditulis dalam ruangan 'sex' tersebut maka mereka berdua berbincang dan dapatlah kata sepakat.. masing-masing tulis dengan cara masing-masing.. yang suaminya mengisi 5 pada ruangan 'sex' dan yang isteri mengisi '3' pada ruangan tersebut maka tanpa membuang masa kedua-dua mereka menyerahkan borang tersebut ke kaunter.
Tiba-tiba penjaga kaunter itu menyapa kepada pasangan suami isteri tersebut.. "Cik & Puan ruangan 'sex' ni bukan untuk isi nombor tapi isi jantina.. Maka kedua-dua pasangan tersebut saling melihat apa yang pasangan mereka isi lalu mereka perbetulkan kesilapan tersebut. Selesai masaalah disitu.. Kedua-dua pasangan tersebut terus menuju keluar pintu.
Penjaga kaunter tersebut lihat kedua-dua mereka berkelahi diluar pintu masuk tersebut lalu meluru ke tempat mereka dan bertanya. "Cik dan puan kenapa ni? kan borang tu dah diperbetulkan jadi dah tak ada masaalah lagi tap kenapa cik dan puan berkelahi disini, tak elok orang lain tengok.."
Maka si isteri tersebut menjawab.." bukan apa encik memang borang tu dah diperbetulkan tapi saya tak puas hati saya tulis dekat ruangan 'sex' tu 3 tapi suami saya tulis kat ruangan 'sex' tu 5 jadi datang dari mana '2' lagi tu?? itu yang saya tak puas hati.. Maka penjaga kaunter tersebut tersengih geli hati ada kesian pun ada... tau-tau jelah...
p/s: cerita ini hanyalah rekaan semata-mata, tiada kena mengena sama ada yang masih hidup mahupun yang telah mati.. sekian

0 ulasan:
Catat Ulasan